Jumat, 12 Juni 2009

Tugas Mata Kuliah Teknokom (lanjutan)

Tentang IPTV

IPTV (Televisi Protokol Internet, Internet Protocol Television) adalah sejenis sistem yang mana satu televisi digital disampaikan menggunakan protokol internet merentasi sebuah prasarana rangkaian yang dapart merangkumi penyampaian melalui sambungan jalur lebar. Definisi am bagi IPTV ialah kandungan televisin yang bukan disalurkan melalui format penyiaran dan kabel biasa, sebaliknya diterima oleh penonton melalui teknologi yang digunakan untuk rangkaian komputer.

Untuk pengguna perumahan, IPTV sering disediakan bersempena Video atas permintaan dan dapat diikat dengan pengkhidmatan internet yang lain seperti Web dan VoIP. Pengikatan komersial IPTV, VoIP dan capaian Internet dalam satu pakej dipanggil perkhidmatan Triple Play (jika ditambah dengan kemudahan mudah alih menjadi "Quadruple Play"). IPTV biasanya dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan yang menggunakan prasarana rangkaian tertutup. Pendekatan rangkaian tertutup ini bersaing dengan penyampaian kandungan TV melalui Internet awam, yaitu Televisi Internet. Dalam perniagaan pula, IPTV dapat digunakan untuk menyampaikan kandungan televisi melalui LAN korporat.

Protokol

IPTV meliputi siaran televisi langsung serta video storan (Video atas Permintaan [Video on Demand], VOD). Rekaman IPTV memerlukan sebuahkomputer pribadi atau set-top box yang disambung pada TV. kandungan video biasanya dimampatkan dengan menggunakan sama ada codec MPEG 2 atau MPEG 4 dan kemudiannya dihantar dalam stim pengangkutan MPEG yang disampaikan melalui IP multicast bagi siaran langsung atau melalui IP Unicast bagi Video atas Permintaan. IP Multicast ialah satu kaedah yang mana maklumat dapat dihantar ke banyak komputer pada masa yang sama. Codec (MPEG-4) H.264 yang terkini makin laris digunakan dan menggantikan codec MPEG-2.

IPTV cover International





Tidak ada komentar:

Posting Komentar